
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚 𝟓𝐆 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐞𝐜𝐚𝐡 𝟓𝟑.𝟑𝟓%, 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝟏𝟖.𝟏𝟗 𝐣𝐮𝐭𝐚 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐚𝐧
Ini pencapaian yang cukup baik dalam tempoh yang singkat, dan langkah besar dalam usaha kita membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang lebih baik untuk semua.
Perkembangan positif ini antara yang dibentang dalam Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Dwirangkaian 5G yang saya pengerusikan di Kementerian Komunikasi hari ini.
Selain itu, liputan 5G di kawasan berpenduduk juga telah mencapai 82.4%, memperkukuh lagi infrastruktur digital negara.
Ini pasti membuka lebih banyak peluang untuk inovasi, meningkatkan produktiviti, serta membawa kebaikan buat rakyat Malaysia.
Mesyuarat juga telah meneliti dan memutuskan beberapa perkara khusus berkait halatuju Digital Nasional Berhad (DNB) serta rangkaian kedua yang diterajui U Mobile, yang akan diumum tidak lama lagi