mcmc
Kisah Kejayaan

Q4- KISAH KEJAYAAN CELIK IT- HAREEZ HAZUAN

NAMA: MUHAMMAD HAREEZ HAZUAN BIN ZAKREE
UMUR: 9 TAHUN
AHLI: 2024

Latar Belakang

Merupakan pelajar sekolah rendah yang tidak pernah menggunakan komputer. Mula belajar menggunakan computer setelah beberapa kali datang NADI Felda Pasak.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan NADI

Sebelum menghadiri kelas ICT di NADI, adik Hareez hanya pandai menggunakan aplikasi Youtube. Adik Hareez menghabiskan masa lapangnya dengan bermain di padang. Adik Hareez tidak mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan computer dan kurang mahir untuk menggunakan papan kekunci.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan NADI

Sejak mengikuti kelas ICT di NADI Felda Pasak, adik Hareez sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik Hareez sudah boleh menggunakan Microsoft Word tanpa pemantauan berterusan oleh petugas. Adik Hareez juga sudah mahir menggunakan papan kekunci. Adik Hareez juga mengulangkaji pelajaran di NADI Felda Pasak dengan melayari laman web pembelajaran.